PERGI!
PERGI!
Pergilah engkau!
Meredah lahar muntahan mentari,
menyusuri denai Bima Sakti.
Menyembunyikan dirimu yang halus
di celahan bintang dan bulan.
Dari apa yang kau lari?
Apakah yang kau takutkan
wahai roh yang bebas?
Mana mungkin kau pergi,
mana mungkin kau bersembunyi?
Di cakerawala yang tiada penghujung
pada penglihatan matamu yang sempit itu.
Padahal seluruh alam ini
di dalam tangan tuhanmu.
Manakala roh semua manusia,
bermula dari Adam hingga hari kiamat,
di dalam tangan yang sebelah lagi.
Oleh itu, wahai roh
yang khuatir lagi berdosa!
Usah lagi berdolak, berdalih.
Serahkan sahaja dirimu itu
untuk diadili kemudian dihukum,
kerana kau pasti diberkas
oleh malaikat tuhanmu itu.
No comments:
Post a Comment